JOHOR BARU: Setelah mengendalikan ujian klinikal selama setahun ke atas 1,000 wanita hamil bagi "Trisomi 21", iaitu sejenis Sindrom Down, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini bersedia untuk mengkomersilkan ciptaannya Sistem Pengesan Awal Trisomi 21: Pengesan T21.
Sistem itu, yang merangkumi perisian dan perkakasan berkos rendah, yang boleh disepadukan dengan kebanyakan mesin diagnostik ultrabunyi untuk mengesan Trisomi 21 seawal lapan dan 12 minggu kehamilan.
Sistem itu dijangka dijual di bawah RM5,000 apabila ia dikomersilkan tahun ini, kata Pensyarah Fakulti Bioperubatan dan Kejuruteraan Sains Kesihatan, Profesor Dr Eko Supriyanto.
Bercakap kepada pemberita di universiti itu di Skudai dekat sini hari ini, fakulti itu pada peringkat ini masih mempertimbangkan sama ada untuk mengeluarkan peranti itu dan dipasarkan sendiri atau membentuk satu usaha sama dengan rakan kongsi.
Katanya, wujud potensi pasaran besar bagi pengesan itu dari orang ramai dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia.Para pelanggan lain yang berpontensi ialah klinik ibu mengandung, pusat perubatan kesihatan yang menggunakan mesin ultrabunyi, universiti yang mempunyai jabatan berkaitan perubatan, pengeluar mesin ultrabunyi, syarikat pengedar dan penyelenggaraan.
Buat masa ini mesin ultrabunyi boleh mengesan ketaknormalan hanya selepas 16 minggu kehamilan.
"Lebih 600,000 wanita di Malaysia hamil setiap tahun dan satu dalam setiap 660 kehamilan akan mendapat anak Sindrom Down, katanya.
Statistik 2008 Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 25,000 doktor dan 3,000 klinik dan pusat perubatan menggunakan mesin ultrabunyi.
Dr Eko berkata, hospital akan mengambil sampel darah dan cecair dari fetus menggunakan picagari dan akan menghantar sampel itu ke makmal swasta di Singapura bagi tujuan diagnostik.
Selain daripada merbahayakan fetus itu, beliau berkata, caj-caj diagnostik adalah mahal, memakan belanja antara S$1,000 dan S$2,000 dan ia mengambil hampir seminggu untuk mengetahui hasil diagnostik itu.
"Pengesan T21 memberi maklumat awal mengenai fetus kepada para ibu bapa dan untuk mengurangkan masa dan kos bagi pemeriksaan pranatal," katanya.
Pengesanan awal adalah penting kerana ia memberi pilihan kepada para wanita hamil sama ada menggugur fetus ketaknormalan genetik dan yang tidak menjadi sepenuhnya atau memilih untuk meneruskan kandungannya dan bersedia secara mental apabila bayi itu dilahirkan, katanya. - BERNAMA
sumber: mstar
Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat isya' , solat hajat, penyampaian cenderamata kepada penceramah dan jamuan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada staf dan mahasiswa yang sudi meluangkan masa untuk hadir di majlis ini.






*picture credit to Anisah Zainal


