Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

Aktiviti BIOMEHS 2009/2010

Posted by admin On 7:39 AM
Meeting pada malam haritu kami, ajk biomehs telah membincangkan mengenai aktiviti aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan pada semester ini. Antara aktiviti aktiviti yang telah dirancang adalah

Ramah mesra/ hari keluarga
Sukan
Kem untuk pelajar tahun 1
Lawatan
Class matlab dan c++

Juga, kami telah membincangkan mengenai acara acara tahunan yang akan dibuat setiap semester, antaranya adalah
Hari keluarga fkbsk
Majlis pragraduasi
Lawatan

Antara perkara yang akan dilaksanakan secepat mungkin adalah pemilihan logo, tempahan baju atau jacket dan juga sukan
Juga diharapkan anda yang kreatif dan kritis untuk menampilkan idea anda mengenai logo dan design corak baju kepada hunter_LeoNeo1@yahoo.com atau biomehsutm@gmail.com. Kerjasama anda diharapkan. Terima kasih.salam mesra senior junior.

Ps: perjumpaan seterusnya adalah pada selasa, 4ogos
Semua ahli ajk biomehs tertinggi diwajibkan hadir

0 Response to "Aktiviti BIOMEHS 2009/2010"

Post a Comment


ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |