Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

Bacaan kosong

Posted by admin On 4:20 PM
Assalamualaikum, lama plak tak tulis dekat blog ni, masa aku surf tetibe aku terbaca 1 artikel yang agak menarik, cuba check

http://www.usnews.com/money/careers/articles/2009/08/28/americas-best-careers-2009.html

dengan

http://www.usnews.com/money/careers/articles/2008/12/11/best-careers-2009-biomedical-equipment-technician.html

apparently, kalau kita kerja kat america, gaji dalam USD40,000, convert Malaysia, RM150,000 sebulan, pergh setiap bulan aku boleh beli RX8 iadaman aku, lagipun kereta RX8 kat sana maybe USD20,000, boleh gak usyar corvette atau Cadillac yang tak mungkin ada kat malaysia, ah melebih plak

Dekat jobs DB ngn jobs street memang bnyk iklan kerja kosong untuk course kita, tu tak kira kerja kosong dekat syarikat kecik kecil lagi,
what i'm saying is, to junior, jangan riso pasal course ni, senior yang dah kuar pun aku dengar sume ada keje,

so pape hal, study dulu, jgn riso pasal keje, rezeki tuhan dekat memana saje, tak semestinya kuar engineer kena jadi engineer, kalau tak Boon Siew tu dari jual ikan kat pasar mcm mana cukup duit nak beli Langkawi? Syed Mokhtar Al-Bukhari dari jual beras jadi Billionaire,

so pikir pikirkan dan selamat beramal...

0 Response to "Bacaan kosong"

Post a Comment


ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |