JOHOR BAHRU 8 Feb. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mempamerkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) apabila meraih lima hadiah utama pada Pameran Teknologi Malaysia (MTE) baru-baru ini.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, lebih membanggakan UTM, semua 52 produk yang dipertandingkan memenangi pingat.
Malah, UTM menjadi institusi yang memenangi hadiah utama, pingat emas dan pingat keseluruhan terbanyak pada pameran itu yang dianjurkan Persatuan Saintis-Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 4 hingga 6 Februari lalu.
Beliau berkata, lima hadiah utama tersebut dimenangi oleh Prof. Abdul Halim Mohd. Yatim yang memenangi anugerah ‘Best of The Best’.
Selain itu, Prof. Dr. Alias Abd. Rahman, Prof. Madya Dr. Abd. Hafidz Omar dan Dr. Norasikin Othman, masing-masing menerima anugerah The Best Award dan Dr. Sevia Mahdaliza Idruis memenangi Anugerah Khas Poland.
Hadiah disampaikan Presiden MARS yang juga Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad.
Menurut Zaini, Abdul Halim yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Biokejuruteraan dan Sains Kesihatan memenangi hadiah menerusi penyelidikannya bertajuk An Interface Between Ultracapacitor Energy Storage to Alternative Energy Resource.
“Produk itu berupaya mengintegrasikan bekalan tenaga alternatif seperti sel bahan api, photovoltaic dan tenaga angin yang biasanya berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak berupaya bertindak balas dengan cepat kepada kehendak beban.
“Alat ini yang berfungsi sebagai pembekal tenaga kedua berupaya menggabungkan tenaga alternatif untuk kuasa yang lebih stabil menggunakan ultracapasitor dan bukannya bateri,” katanya.
Zaini menegaskan, antara kebaikan yang boleh didapati dengan menggunakan produk berkenaan ialah kerana kuasanya yang lebih besar berbanding saiznya yang kecil dan ringan.
“Berbanding dengan bateri yang menghasilkan kuasa sama, produk ini adalah 10 kali ganda lebih kecil dan ringan, menjadikannya lebih versatil untuk kegunaan pasaran,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
*Tahniah diucapkan kepada Prof. Abdul Halim Mohd. Yatim, Dekan FKBSK atas anugerah ‘Best of The Best’ MTE 2010

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "UTM raih 5 hadiah utama MTE"
Post a Comment