Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa calon berkelayakan memohon mengikuti program ijazah berkembar antarabangsa dengan Universiti Teknikal Ilmenau (TUIL), Jerman.
Program itu diperkenalkan selepas Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM dan Fakulti Sains Komputer dan Automotif, TUIL menandatangani perjanjian persefahaman, baru-baru ini.
Koordinator program berkenaan, Prof Madya Dr-Ing Eko Supriyanto, berkata program peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) secara penyelidikan dalam bidang kejuruteraan bioperubatan.

Beliau berkata, antara bidang pengajian lain yang ditawarkan ialah biokemagnetan, oftalmologi, pengimejan perubatan, elektronik perubatan, pengurusan penjagaan kesihatan, biomekanik, terapi dan rehabilitasi.

Katanya, Program pengajian sains klinikal, pemprosesan bioisyarat, nanoperubatan, ‘drug delivery’ serta biosensor juga ditawarkan.

“Calon yang berjaya untuk program ini (selepas lulus proses pemilihan institut Jerman) dikehendaki mengikuti pengajian di TUIL dan akan menerima biasiswa ditawarkan kerajaan Jerman.
“Bagi program PhD pula, pelajar dikehendaki mengikuti pengajian sekurang-kurangnya sembilan bulan di universiti berkenaan bagi melayakkannya memperoleh ijazah berkembar.

“Ijazah berkenaan ialah PhD dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan dari UTM dan Doktor Kejuruteraan (Dr-Ing) dalam Bioperubatan dari TUIL,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Program kedoktoran bermula awal Jun lalu membabitkan pelajar UTM pertama iaitu Lai Khin Wei yang mendapat biasiswa dari Deutscher Akademischer Austausch Dienst, German Academic Exchange Service.

Khin Wei akan berada di Jerman selama 16 bulan. Di peringkat sarjana, pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (M Eng) Bioperubatan UTM dan Sarjana Sains Kejuruteraan (M Sc) Bioperubatan dari TUIL.

Eko berkata, program sarjana bermula Julai tahun depan pelajar yang berjaya dikehendaki mengikuti pengajian sekurang-kurangnya tujuh bulan di TUIL.

Calon berminat boleh menghubungi Ing Eko Supriyanto menerusi talian 016-7763004 atau Siti Aisyah Mualif (012-7188917). Emailkan maklumat terus kepada mel eko@utm.my dan aisyahmualif@utm.my.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "UTM tawar Ijazah Berkembar dengan Universiti Teknikal Ilamanau, Jerman"

Post a Comment


ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |