Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

Renungan dan peringatan

Posted by admin On 9:53 AM 0 comments
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saatnya membuka mata

Posted by admin On 7:27 AM 0 comments
salam...

ketika awan mendung menutupi kebiruan langit, saatnya untuk aku menjangka hujan akan turun.teringat kata2 cikgu masa sekolah rendah,'mendung tidak semestinya akan hujan'. terasa baru jam 6 pagi, setelah aku belek jam di atas meja, jarum menunjukkan jam 8pagi...aduh..terlajak subuh.langsung tidak sedar azan bergema, alarm menjerit.

hari ini tiada kelas, almaklum, kan cuti hujung minggu.bangkit dari tilam yang empuk terus menghadap komputer. jari jemari begitu lancar menekan2 butang2 huruf pada keyboard.(bole jadi typer kalau xdpt keja pas grade). dalam khayal dan sedar, jam suda menunjukkan 11pagi..begiu cepat masa berlalu.

kaki melangkah dengan malasnya ke toilet..jumpa pulak toiletmate...dia menegur, 'woi, kuyu gile mate ko..xtido ke semalam?'..aku menjawab dengan semangat yang pudar,'hah?xdela, aku jage anak la semalam'.dia tertawa.tanpa aku hiraukan, aku terus membasuh diri.

habis menyiapkan diri pagi itu, aku menghadap komputer lagik, itulah rutin kalau tiada rancangan dhujung minggu, bosan dalam seronok.aku menyumbat telinga dengan earphone, lalu membuka frekuensi radio kegemaran..terdengar satu ceramah motivasi pendek.

kalau anda melihat pagi itu mendung, maka sediakan lah payung,
jika matahari terik memancarkan cahaya, sediakanlah juga payung,
jika mata hati dliputi kabus2 dosa, maka banyakkanlah berzikir,
andai rasa bersalah menyelimuti anda, pohonla kemaafan,
sekiranya anda masih menutup mata , saatnya anda membuka mata, hari dah petang ni!!!

From Senior with Love (C++)

Posted by admin On 4:59 AM 0 comments
salam...

kali ini, akk senior ingin berkongsikan pengalaman mengenai Final Year (walaupun belum habis ditempuh). Seperti yg adik2 semua ketahui, final year adalah saat paling menyeronokkan, menakutkan dan meggerunkan.ya, memang benar. Ketika inilah, tulang empat kerat mula dikerah untuk bekerja keras, mengalirnya keringat yang tidak berair, jantung berdegup tanpa sebab, dan risau mula menyelimuti diri. Nasihat akak, tenang dan rileks kan diri.

Apa yang penting dengan final year? haa..kalau tiada final year, maka tidak gradela anda dari UTM. Persiapan untuk final Year? ini adalah bahagian paling penting untuk grade. Akak nasihatkan, siapkan diri dengan ilmu programming, ilmu software dan yang sama waktu dengannya. Siapkan dan lengkapkan diri dengan ilmu C++, kerana itu akan banyak membantu, juga dengan software matlab, Visual Basic/C++.

Mulalah meneroka ilmu2 itu, ketika masa dan peluang masih terbuka luas. Jangan terhantuk baru terngadah. Ketahuila bahawa tidak semua ilmu kita pelajari dari orang, tapi ada juga ilmu yang kita perlu tuntut dan pelajari sendiri.

Pesanan akhir dari senior tercinta, DO MAKE MISTAKE and LEARN FROM IT!!!
Kami, pelajar tahun akhir 4SEB, fakulti kejuruteraan bioperubatan dan sains kesihatan baru sahaja menamatkan latihan industri kami. Di sini saya ingin mengketengahkan beberapa nasihat untuk tatapan adik-adik sekalian

Sebelum anda menjalani latihan industri adalah penting untuk anda mengetahui alat alat yang wajib ada atau 'standard' untuk setiap hospital. Ini untuk mengelakkan anda menjadi 'rusa masuk kampung' apabila anda menjalani latihan kelak.

Antara alat alat yang anda patut tahu nama, fungsi dan cara penggunaannya adalah seperti berikut

nebulizer : nebulizer digunakan untuk pesakit asma atau lelah. pada alat ini terdapat 1 bekas yang diletak ubat(cecair) dan alat ini mengkondisasikan ubat tersebut kepada bentuk gas dan disedut oleh pesakit




Syringe pump- alat yang wajib anda jumpa di mana mana hospital. alat ini digunakan untuk mengepam ubat atau makanan bayi. pada alat idi terdapat meter untuk di set kadar pengepamannya dalam unit mililiter/hour




Monitoring system / dinamap – dinamap adalah salah satu 'brand' monitoring system, terdapat juga brand lain seperi Sentry tapi di hospital kerajaan, dinamap adalah nama umum untuk monitoring system. alat ini digunakan untuk memeriksa tekanan darah heart rate dan juga oxygen saturation. maknanya pada alat ini terdapat BP cuff(digunakan untuk mencari BP) (BP = blood pressure) dan juga finger probe. finger probe digunakan untuk mencari oxygen saturation dan heart rate




Mercury BP set- atau nama sebenar Sphygmomanometer. disebabkan nak menyebutnya boleh terbelit lidah, jadi nama BP set adalah common name untuk alat berkenaan. alat ini digunakan untuk mencari blood pressure dan alat ini menggunakan mercury. jadi alat ini merbahaya jika terjadi leaking dan sebagainya




Laryngoscope- alat ini digunakan utuk membantu doktor dalam proses intubate atau memasukkan tiub ke dalam trachea untuk membantu proses pernafasan.




ECG- electrocardiograph adalah alat yang paling biasa didengari dah alat ini wajib ada di hospital. anda harus mengetahui fungsi dan cara penggunaan alat ini (cara testing dan kedudukan probe probe berkanaan)




Tococardiograph-alat yang wajib ada pada labor room atau wad bersalin. alat ini digunakan oleh doktor untuk memeriksa denyutan jantung bayi. basically, alat ini adalah seperti stethoscope dan diletakkan amplifier dan speaker




Pulse oximeter atau SpO2- walaupun patient monitoring system mempunyai fungsi SpO2 dan BP, ada juga beberapa alat yang mengambil bacaan SpO2 sahaja, juga BP set yang mengambil bacaan BP sahaja. combination 2 alat ini adalah monitoring system. alat ini digunakan untuk memeriksa oxygen saturation dalam darah




defibilator – alat yang selalu dilihat dalam TV yang dibawa oleh emergency team. digunakan untuk merenjat pesakit supaya conduction pada jantung normal semula






Juga anda juga harus mengetahui teory yang digunakan untuk beberapa alat seperti x-ray, fluroscopy, ultrasound, ct scan, mri dan sebagainya.




Juga alatan alatan yang digunakan di ICU atau NICU seperti ventilator dan incubator.

Alatan di OT atau operation theater seperti ventilator, GA machine atau General Anesthetics, surgical light, pneumatic drill, diathermy dan heart lung machine.

alatan di bilik steril seperti autoclave- digunakan untuk merebus alatan alatan surgical (sterile)

Alat alat di bilik endoscopy adalah seperti colonoscope dan suction machine.

juga alatan di makmal seperti blood analyzer, fume chamber, centrifuge dan sebagainya. tidak lupa juga hemodialysis machine

ps: disebabkan author blog ini malas untuk menunggu masa yang lama upload image, image pada alatan alatan di bawah tidak diupload...
jika ada sebarang masalah dengan pemahaman alat2 dan gambar alat alat, sila beri komen dan komen anda akan dilayan sebaik mungkin. terima kasih

Aktiviti BIOMEHS 2009/2010

Posted by admin On 7:39 AM 0 comments
Meeting pada malam haritu kami, ajk biomehs telah membincangkan mengenai aktiviti aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan pada semester ini. Antara aktiviti aktiviti yang telah dirancang adalah

Ramah mesra/ hari keluarga
Sukan
Kem untuk pelajar tahun 1
Lawatan
Class matlab dan c++

Juga, kami telah membincangkan mengenai acara acara tahunan yang akan dibuat setiap semester, antaranya adalah
Hari keluarga fkbsk
Majlis pragraduasi
Lawatan

Antara perkara yang akan dilaksanakan secepat mungkin adalah pemilihan logo, tempahan baju atau jacket dan juga sukan
Juga diharapkan anda yang kreatif dan kritis untuk menampilkan idea anda mengenai logo dan design corak baju kepada hunter_LeoNeo1@yahoo.com atau biomehsutm@gmail.com. Kerjasama anda diharapkan. Terima kasih.salam mesra senior junior.

Ps: perjumpaan seterusnya adalah pada selasa, 4ogos
Semua ahli ajk biomehs tertinggi diwajibkan hadir

ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |