Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

From Senior with Love (C++)

Posted by admin On 4:59 AM
salam...

kali ini, akk senior ingin berkongsikan pengalaman mengenai Final Year (walaupun belum habis ditempuh). Seperti yg adik2 semua ketahui, final year adalah saat paling menyeronokkan, menakutkan dan meggerunkan.ya, memang benar. Ketika inilah, tulang empat kerat mula dikerah untuk bekerja keras, mengalirnya keringat yang tidak berair, jantung berdegup tanpa sebab, dan risau mula menyelimuti diri. Nasihat akak, tenang dan rileks kan diri.

Apa yang penting dengan final year? haa..kalau tiada final year, maka tidak gradela anda dari UTM. Persiapan untuk final Year? ini adalah bahagian paling penting untuk grade. Akak nasihatkan, siapkan diri dengan ilmu programming, ilmu software dan yang sama waktu dengannya. Siapkan dan lengkapkan diri dengan ilmu C++, kerana itu akan banyak membantu, juga dengan software matlab, Visual Basic/C++.

Mulalah meneroka ilmu2 itu, ketika masa dan peluang masih terbuka luas. Jangan terhantuk baru terngadah. Ketahuila bahawa tidak semua ilmu kita pelajari dari orang, tapi ada juga ilmu yang kita perlu tuntut dan pelajari sendiri.

Pesanan akhir dari senior tercinta, DO MAKE MISTAKE and LEARN FROM IT!!!

0 Response to "From Senior with Love (C++)"

Post a Comment


ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |