salam
2 minggu yang lalu, aku asyik mencari si dia. Tidak tahu kenapa, terasa hidup yang aku jalani tidak lengkap. Dia mungkin bukanla pelengkap kepada segala2nya, tetapi, hanya kerana aku kehilangan dia, hidup menjadi kurang selesa. Kenapa tidak, selalu tercari2.
Terlintas di benak fikiran, bagaimana lagi harus aku lalui hidup seterusnya? Sehingga terlintas di hati untuk mencari pengganti. Tapi, adakah tidak terlalu terburu2 untuk aku mencari pengganti? Adakah masih ada harapan untuk aku bertemu dan bersatu kembali dengannya? Harapan itu yang aku semat dalam hati, aku genggam ibarat menggengam bara api yang cuma hangat.
Akhirnya, setelah bebanan jiwa, hati dan diri tidak lagi dapat ditanggung sendirian, aku membuat keputusan nekad untuk mencari penggantinya. Dan akhirnya, setelah masak buah dalam fikiran, aku berjaya mencari penggantinya, sama, tapi tidak serupa. Memang sama, tapi mana kan serupa dengan yang lalu. Walaupun aku telah bertemu dengan yang baru, tidak akan ada pengganti yang sememangnya serupa dengan kenangan silam itu.
Aku kehilangannya 2 minggu yang lalu. Selepas kejadian itu, hidupku terus berubah, mungkin kerana kehilangan yang begitu mendadak. Aku mencuba untuk mendapatkannya kembali, tapi, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, ALLAH yang tentukan segalanya. Hidupku akan berterusan bergantung dengan orang lain jika tidak mencari pengganti untuknya. Aku tahu, ia terlalu cepat, tapi itu keperluan dalam hidup, bernama insan.
Biarlah yang berlalu, terus berlalu, kerana yang tinggal dalam diriku hanya masa depan yang belum pasti. Silam itu sudah pasti, dan masa tidak akan berputar kembali. bumi itu bulat, walaupun berputar pada kelajuan yang sama, kedudukan yang sama, dan putaran juga sama, tapi, ada sesuatu yang berbeza, situasi dan keadaan yang aku alami.
Sekarang, aku hanya perlu fikirkan, aku perlu keserasian bersamanya, perlu persefahaman, agar di masa akan datang, tidak timbul masalah yang sama. Semoga aku berjaya melatih diriku untuk terus kekal hidup bersamanya sehingga akhir hayat salah satu daripada kami.
*************************************************************************************
Dia=pen hitamku!
P/S: makasih kepada andi sebab bagi aku pinjam pen...kepada pen ku yang lama, selamat berbahagia dan semoga kita masi djodohkan bersama....kepada yang baru, aku cuba yang terbaik untuk menjagamu...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Luahan Hati"
Post a Comment