Matlab Workshop

Posted by Admin

Pada 14 Ogos yang lepas, BIOMEHS dengan kerjasama Biosignal Processing Research Group telah mengadakan Matlab Workshop For Biomedical Signal Processing. Seramai 46 orang mahasiswa telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa memandangkan banyak subjek menggunakan software Matlab.

Lawatan Ke PPUM dan HKL

Posted by Admin

Pada 9 Ogos yang lepas BIOMEHS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke PPUM dan HKL. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para mahasiswa kepada realiti dunia pekerjaan. Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Congratulations!!

Posted by Admin

Tahniah diucapkan kepada UTM kerana mendapat status Universiti Penyelidikan

Gambar sekitar majlis solat hajat

Posted by Admin

Majlis solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh BIOMEHS pada telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 25/3 di surau KTC diserikan lagi dengan kehadiran Timb. Dekan FKBSK Professor Dr. Jasmy bin Yunus. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti dengan tazkirah bertajuk "Tawakal" yang disampaikan oleh Utz. Nasir bin Masroom.

BIOMEHS LOGO

Posted by Admin

Satu pertandingan mencipta logo untuk BIOMEHS telah diadakan pada bulan Januari lepas dan penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Pemilihan logo BIOMEHS ini telah dibuat sendiri oleh Dekan FKBSK Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohd Yatim. Tahniah diucapkan kepada Amirul Ridhwan Bin Zainal Abidin dari 3SEB kerana logo yang direkanya telah dinobatkan sebagai juara.

Report Meeting

Posted by admin On 10:32 PM 0 comments
Pada 4 ogos lepas, kami telah mengadakan meeting mengenai pelaksanaan rancangan biomehs yang akan dibuat pada semester ini dan semester hadapan. Terdapat beberapa penguuman penting yang telah dibuat pada meeting tersebut.
Antara aktiviti aktiviti yang telah dirancang ialah hari keluarga yang akan diadakan selepas hari raya. Perancangannya adalah untuk mengadakan sukan iaitu pada paginya dan juga majlis makan malam atau jamuan raya pada malamnya. Tarikh dan tempat akan ditetapkan apabila kertas kerja dibuat kelak. Jadi sama sama kita tunggu hari keluarga berkenaan. Sukan yang akan dijalankan pada hari keluarga tersebut adalah bola tampar, dan nama hari tersebut mungkin adalah 'sehari bertampar bersama biomehs'.
Juga majlis malam pragraduasi telah dirancang untuk meraikan bakal bakal graduate atau senior tahun akhir. Tidak lupa juga kami telah merancang untuk memberi sedikit tanda ingatan kepada senior kita yang telah tamat dan akan mengambil ijazah graduasi atau konvo tidak lama lagi. Juga aktiviti yang dirancang adalah 1st year camp yang akan dijalankan pada semester hadapan. Kem ini adalah untuk mengeratkan dan memberi motivasi yang berguna kepada pelajar junior
Aktiviti dari bahagian pendidikan pula adalah tutorial matlab dan c++ yang dirancang untuk dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat. Matlab dan c++ penting apabila anda melangkah ke tahun yang lebih tinggi.



Baiklah, untuk aktiviti 'sehari bertampar' setiap badge akan menghantar 2 pasukan, 1 lelaki dan 1 perempuan, samada perandingan akan diadakan secara liga atau kalah mati, itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Kami akan merancang aktiviti ini dan jamuan raya dilakukan pada hari yang sama. Sama sama kita nantikan.
Juga yuran kelab biomehs telah ditetapkan. RM5 bagi setiiap pelajar. Yuran ini akan digunakan untuk menjalankan aktiviti aktiviti yang dirancang pada semester ini, selain mencari dana dari sumber lain. Yuran hendaklah dibayar kepada wakil pada setiap badge dan diserahkan kepada bendahari, Faiz.
Aktiviti aktiviti besar seperti 1st year camp, malam pragraduan dan sehari bertampar telahpun dibuat kumpulan AJK pelaksana. Pengarah program dan pembantu pengarah untuk aktiiviti aktiviti ini telah dilantik, tetapi ajk ajk lain masih dalam perbincangan. Oleh itu sekiranya ada di kalangan anda yang dipilih untuk menjadi ajk propgram, diharap anda memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan program terbabit..
Juga, cadangan tempahan jacket SEB, ada sesiapa yang ingin menampilkan design anda? Anda mempunyai design logo biomehs? Sila emailkan kepada saya, hunter_LeoNeo1@yahoo.com.

Sekian terima kasih
-LeoNeo1-

Meeting 4 ogos 2009

Posted by admin On 3:40 AM 0 comments
Tempat : Azah
masa : 9 mlm

agenda:
haffizie akan membentangkan kertas kerja beliau mengenai acara sukan. sukan yang dipilih adalah bola tampar...mari sama sama menyaksikan perbentangan beliau
lepas tu maybe akan membincangkan detail mengenai agenda meeting jumaat lepas

jadi ahli jawatankuasa biomehs diharap dapat memberi kerjasama dan menghadiri meeting kali ini kerana komitmen anda akan menyenangkan proses kerja semua pihak... jangan sebab anda aktiviti aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan....

terima kasih

Renungan dan peringatan

Posted by admin On 9:53 AM 0 comments
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saatnya membuka mata

Posted by admin On 7:27 AM 0 comments
salam...

ketika awan mendung menutupi kebiruan langit, saatnya untuk aku menjangka hujan akan turun.teringat kata2 cikgu masa sekolah rendah,'mendung tidak semestinya akan hujan'. terasa baru jam 6 pagi, setelah aku belek jam di atas meja, jarum menunjukkan jam 8pagi...aduh..terlajak subuh.langsung tidak sedar azan bergema, alarm menjerit.

hari ini tiada kelas, almaklum, kan cuti hujung minggu.bangkit dari tilam yang empuk terus menghadap komputer. jari jemari begitu lancar menekan2 butang2 huruf pada keyboard.(bole jadi typer kalau xdpt keja pas grade). dalam khayal dan sedar, jam suda menunjukkan 11pagi..begiu cepat masa berlalu.

kaki melangkah dengan malasnya ke toilet..jumpa pulak toiletmate...dia menegur, 'woi, kuyu gile mate ko..xtido ke semalam?'..aku menjawab dengan semangat yang pudar,'hah?xdela, aku jage anak la semalam'.dia tertawa.tanpa aku hiraukan, aku terus membasuh diri.

habis menyiapkan diri pagi itu, aku menghadap komputer lagik, itulah rutin kalau tiada rancangan dhujung minggu, bosan dalam seronok.aku menyumbat telinga dengan earphone, lalu membuka frekuensi radio kegemaran..terdengar satu ceramah motivasi pendek.

kalau anda melihat pagi itu mendung, maka sediakan lah payung,
jika matahari terik memancarkan cahaya, sediakanlah juga payung,
jika mata hati dliputi kabus2 dosa, maka banyakkanlah berzikir,
andai rasa bersalah menyelimuti anda, pohonla kemaafan,
sekiranya anda masih menutup mata , saatnya anda membuka mata, hari dah petang ni!!!

From Senior with Love (C++)

Posted by admin On 4:59 AM 0 comments
salam...

kali ini, akk senior ingin berkongsikan pengalaman mengenai Final Year (walaupun belum habis ditempuh). Seperti yg adik2 semua ketahui, final year adalah saat paling menyeronokkan, menakutkan dan meggerunkan.ya, memang benar. Ketika inilah, tulang empat kerat mula dikerah untuk bekerja keras, mengalirnya keringat yang tidak berair, jantung berdegup tanpa sebab, dan risau mula menyelimuti diri. Nasihat akak, tenang dan rileks kan diri.

Apa yang penting dengan final year? haa..kalau tiada final year, maka tidak gradela anda dari UTM. Persiapan untuk final Year? ini adalah bahagian paling penting untuk grade. Akak nasihatkan, siapkan diri dengan ilmu programming, ilmu software dan yang sama waktu dengannya. Siapkan dan lengkapkan diri dengan ilmu C++, kerana itu akan banyak membantu, juga dengan software matlab, Visual Basic/C++.

Mulalah meneroka ilmu2 itu, ketika masa dan peluang masih terbuka luas. Jangan terhantuk baru terngadah. Ketahuila bahawa tidak semua ilmu kita pelajari dari orang, tapi ada juga ilmu yang kita perlu tuntut dan pelajari sendiri.

Pesanan akhir dari senior tercinta, DO MAKE MISTAKE and LEARN FROM IT!!!

ShoutMix chat widget

| Copyright 2010 by BIOMEHS UTM| Zinmag Primus Theme | Edited by LurimaStudio |